Experimen Volcano
- JCQA41
- Mar 9, 2019
- 1 min read
Updated: Mar 11, 2019

BAHAN-BAHAN EKSPERIMEN:
1. Cuka
2. Soda Bikarbonat
3. Cecair Pencuci Pinggan
4. Pewarna makanan (merah)
5. Botol Kosong
6. Surat Khabar terpakai
7. Papan Kotak
MANUAL PANDUAN EKSPERIMEN:
1.Pertama, lekatkan botol kosong tersebut di atas papan kotak.
2.Selepas itu, balut surat khabar di sekeliling botol kosong tersebut sehingga membentuk sebuah gunung.
3.Kemudian, masukkan secukupnya serbuk soda bikarbonat ke dalam botol tersebut.
4.Masukkan pula 2 sudu kecil pewarna makanan (merah) ke dalam botol plastik tersebut.
5.Kemudian, masukkan sedikit cecair pencuci pinggan ke dalam botol tersebut.
6.Akhir sekali, masukkan cuka ke dalam botol plastik tersebut. Masukkan cuka sehingga ada tanda-tanda buih-buih keluar dari mulut botol tersebut.
Boleh rujuk video dalam link ini:
https://www.youtube.com/watch?v=CXLHs5lhgpE&t=59s
PENERANGAN EKSPERIMEN
•Soda bikarbonat (serbuk penaik)
Serbuk penaik adalah bahan kimia yang dipanggil sebagai sodium bikarbonat (NaHCO3). Sekiranya sodium bikarbonat dimasukkan ke dalam air, ianya akan terurai kepada ion sodium (Na+) dan ion bikarbonat (HCO3- ) .
NaHCO3 ---> Na+(aq) + HCO3-(aq)
• Cuka
cuka, adalah asid acetic (cuka-acid lemah: rasa masam). Asid acetik (CH3COOH) sekiranya di dalam air, sebahagiannya terpisah menjadi ion hidrogen ( H+) dan ion acetate (CH3COO-)
CH3COOH <---> H+(aq) + CH3COO-(aq)
Eksperimen ini melibatkan 2 tindak balas:
i) tindakbalas asid-bes
ii) tindakbalas pemecahan semula
Apabila sodium bikarbonat dan cuka dicampurkan, ion hidrogen dari cuka akan bertindakbalas dengan ion bikarbonat (HCO3- ) dari serbuk penaik untuk membentuk satu bahan kimia baru iaitu asid karbonik (H2CO3).
H+ + HCO3- ---> H2CO3
Asid karbonik (yang tidak stabil) seterusnya terurai kepada gas karbon dioksida(CO2) dan air(H2O).
H2CO3 ---> H2O + CO2
Hasil eksperimen: Buih-buih yang mengandungi gas karbon dioksida(CO2) meletus.
コメント