Experimen Perkembangan Belon
- JCQA41
- Mar 10, 2019
- 1 min read

BAHAN-BAHAN EKSPERIMEN:
1.Cuka
2.Botol Kosong
3.Soda Bikarbonat
4.Belon
MANUAL PANDUAN EKSPERIMEN:
1.Pertama, masukkan 4 sudu serbuk soda bikarbonat ke dalam botol kosong.
2.Selepas itu, masukkan cuka ke dalam belon.
3.Kemudian, letakkan hujung muncung belon di sekeliling muncung botol yang berisi soda bikarbonat.
4.Selepas itu, campurkan air cuka yang ada di dalam belon tersebut ke dalam botol yang berisi soda bikarbonat.
5.Lihat tindak balas yang berlaku.

PENERANGAN EKSPERIMEN:
Campuran soda bikarbonat dan cuka menghasilkan satu tindak balas kimia dan menghasilkan gas karbon dioksida yang menyebabkan belon berkembang sendiri tanpa perlu di tiup oleh manusia.
Comments