top of page
Blog ExSAINS: Blog2
Search

Experimen Susu Bewarna Ajaib

  • Writer: JCQA41
    JCQA41
  • Mar 9, 2019
  • 1 min read

Updated: Mar 10, 2019


BAHAN-BAHAN EKSPERIMEN:

1. Piring kertas

2. Susu

3. Straw / ‘Cotton Bud’

4. Pewarna makanan

(biru, kuning, merah)

5. Pencuci pinggan (cecair)





MANUAL PANDUAN EKSPERIMEN:

1.Pertama sekali, masukkan susu ke dalam piring kertas.

2.Kemudian, titiskan beberapa pewarna makanan (biru, kuning dan merah) ke dalam piring tersebut.

3.Selepas itu, ambil straw dan celupkan hujung straw ke dalam cecair pencuci pinggan.

4.Kemudian, celupkan hujung straw yang mempunyai cecair pencuci pinggan ke dalam piring yang berisi susu dengan berhati-hati.

5.Lihat tindak balas yang berlaku.




PENERANGAN EXPERIMEN

Pewarna makanan adalah kurang tumpat daripada susu. Jadi, setiap pewarna yang dititiskan ke dalam pinggan/mangkuk akan terapung di permukaan. Walau bagaimanapun, penambahan sabun pencuci pinggan menggunakan hujung putik kapas/straw akan memecahkan permukaan itu dengan melarutkan molekul lemak susu. Pewarna kemudian akan mula bergerak ke seluruh permukaan susu kerana cuba menjauhkan diri daripada sabun.




 
 
 

Comments


©2019 by JESSICA. Proudly created with Wix.com

bottom of page